Dipetik dan diolah daripada Utusan Malaysia – Senjata Pahlawan Melayu
Jika dilihat daripada kehebatan pahlawan Melayu, tidak sah jika kita tidak memperkatakan mengenai kehebatan senjata terutama keris yang mereka gunakan.
Keris Taming Sari milik Hang Tuah misalnya dikatakan mempunyai pelbagai kesaktian seperti melindungi tubuh penggunanya daripada dicederakan oleh mana-mana senjata.
Sememangnya keris ialah senjata kebanggaan penduduk Nusantara yang hanya terdapat di Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan selatan Filipina. Namun, disebabkan keadaan Kepulauan Nusantara yang terpisah antara satu sama lain menyebabkan senjata-senjata tradisional telah mengalami perkembangan yang berbeza-beza.
Orang Melayu telah menempa dan menggunakan keris serta senjata-senjata lain semenjak lima ratus tahun dahulu. Antara alat-alat senjata lain ialah parang, pisau, badik, karambit, lembing dan sebagainya. Sehingga awal abad kedua puluh, kebanyakan senjata Melayu telah ditempa untuk kegunaan pertarungan, pertahanan diri daripada serangan. Dengan perkembangan kebudayaan dan sistem sosial, fungsi senjata telah mengalami perkembangan dan perubahan.
Walaupun mengalami banyak perubahan senjata ini masih mengekalkan ciri-ciri senjata pertarungan dahulu kala dengan meniitikberatkan keaslian dan buatan yang halus. Tetapi kini, fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati, barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni. Senjata-senjata ini telah melalui masa perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti sekarang. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau.
Keris
Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.
Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi (pembuat keris) maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.
Badik
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.
Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Panjang matanya di antara 18 dan 20 sentimeter (sm) dan lebar 2 sm. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.
Lembing
Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat daripada kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan ke dalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam. Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri. Lembing Melayu lebih pendek, ringan dan tajam mata dihujungnya. Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat daripada kayu atau buluh.
Unsur ghaib
Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain digunakan sebagai alat berperang, mempertahankan diri, hiasan dan ia juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah masyarakat mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif.
Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat daripada kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya. Kesimpulannya, senjata tradisional Melayu sememangnya mempunyai keunikan tersendiri.
Sumber: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA dan MUZIUM NEGARA MALAYSIA

Bila kita baca orang bicara tentang KERIS macam-macam andaian telah dan sedang di buat mengenai sejarahnya,penggunaanya, kesaktiannya dan lain-lain. semua orang mengatakan ianya milik rumpun Melayu, kebanyakan orang kita hanya tahu bahawa sejarah Bangsa Melayu sejak seribu tahun kebawah,akan tetapi kebanyakan mereka tidak tahu bahawa tamadun Melayu itu telah wujud sejak 30 ribu tahu dahulu lagi di Tanah Melayu ini!.Sejarah keperkasaannya telah di musnahkan oleh musuh bangsa Melayu dari zaman berzaman,mengikut sejarah kesemua bangsa yang selain darinya adalah musuh!sebab itu apabila negeri Melayu terjajah kesemua tamadun purbanya telah di musnahkan oleh bangsa asing.
Di sini ingin saya menyentuh sedikit sebanyak tentang Keris yang begitu pekat dalam kebudayaan persenjataan Melayu purba,banyak orang akan mengatakan ianya satu dongen kerana telah tidak ada cerita tertulis tentangnya lagi dewasa ini,kenapa kita tidak ingin penemuan ini sebagai satu kenyataan untuk membetulkan sejarah bangsa melayu purba yang telah hilang itu.sepatutnya kita mengkaji semula sejarah bangsa kita mengikut prespeksi kita sendiri berdasar apa yang telah di tinggalkan oleh nenek moyang kita.
Saya telah banyak menemui tamadun awal bangsa Melayu di pelbagai zaman dalam penyelidikan saya yang bermula sejak tahun 1970han lagi
kebanyakannya tertulis dalam tulisan Sanskrit.Dari wujudnya empayar Benua Mu yang tenggelam di Laut Mulayu 14 BC,hingga Negara Tanjung Pura 7000 BC,Langkasuka 6000 BC. Negara Kuangwan 900 BC Negara Subrana Bhumi 300 BC Negara Suka Bhumi 90 BC YANG kesemuanya bernaung di banjaran MAHAMIRU dan LAUT MULAYU dari Suka Bhumilah RAJA SURAM berhijrah ke BUKIT SIGUNTANG di awal kurun Masihi
Keris sebenarnya telah di bawan kedalam persenjataan bangsa Melayu dalam kurun ke LIMA sebelum Masihi dari ilham Paduka Merong Mahamiru pemerintah Tanjung Pura [Besut] adinda kepada Merong Mahawangsa pemerintah Langkasuka [Pattani]BAGINDA MAHAMIRU ketika bertapa di gunung Mahamiru [gunung Tebu] [GUNUNG MAHAMIRU di beri nama smpena nama ayahandanya AGONG MAHAMIRU.]Baginda mendapat ilham untuk mencipta senjata ampoh untuk bangsanya baginda adalah penganut agama Allah mengikut sariyat Nabi Daud.
Dalam munajatnya itu baginda telah di anugrah besi yang turun dari langit besi itu di picit baginda dengan tangan menjadi senjata berlok tiga.Ketika memicit lok pertama di bacanya mentra ;SEJAHTERA IMAN, Picikan lot kedua dibacanya ;SEJAHTERA WATAN dan picikan lok ketiga dibacanya;NUTU BANGSA setelah selesai di pacangnya senjata itu didalam batu di permatang gunung Mahamiru selama 44 hari.apabila langsai 44 hari dibawa pulang senjata itu ke KOTA LAKLOK [Bukit Puteri]
Di Kota Laklok baginda menamakan senjata itu KERIS yang bererti IBU SEGALA PEMUSNAH mengikut maknanya dalam bahasa kuno.Dan baginda memerintah supaya ditempa oleh pandai besi untuk dijadikan senjata keramat bala tentera Negeri Tanjung Pura. Senjata yang di namakan keris itu tidak boleh diguna melainkan untuk menjaga kesejahteraan agama,nusa dan menjaga marwah bangsa,
beberapa dekad selepas itu barulah KERIS diguna pakai oleh rumpun Melayu di seluruh nusantara apabila rumpun Melayu mula berhijrah dari bumi asal Mahamiru iaitu dari Tanah Balang Sang Mujung [Tanah Melayu]keutara Laut Mulayu [Lembah Mekong]dan ke pulau-pulau selatan sumatera, jawa, Borneo dan kepuluan Sulu.dll.sidina chewan
Menarik!
Gunung Mahamiru … berada dimanakah ia? Apakah berada di sini 8°06′S dan 120°55′E ??
salam… minta izin untuk menyalin artikel ini .. kerana saya juga pengkaji keris.. salam perpaduan…
Silakan.
maaf mengganggu…dari manakah asal artikel ini …
assalamualaikum.
saya ada pernah membaca di surat khabar mengenai adanya satu upacara yang dinamakan istiadat cuci mandi keris yang diadakan setiap tahun di Johor Bahru pada setiap bulan muharram. apakah sebenarnya tujuan keris ini dimandikan dan adakah upacara ini ada kaitannya dengan unsur-unsur alam ghaib. minta bagi respon
Istiadat cuci mandi keris punyai pelbagai cara dan mengikut ajaran masing-masing. Di Johor, saya kurang arif. Mandi keris secara logiknya ialah menaikkan seri keris.. versi lain pula dipanggil menaikkan semangat keris..
besut ni kiranye asal usul keris di tanah melayu ke dr
Kris pertama rumpun Melayu ada tiga lok di ilham dan rekacipta di bumi Besut oleh raja Melayu yg memerintah negeri TANJUNG PURA lebih kurang 7000 tahun yang silam.itulah yg saya dimaklomkan oleh periwayat sejarah maya yang satu lagi selepas lebih 20 tahun mengembara di dua alam.
Dengar khabar, keris tiada lok sebenarnya utk raja..
asalamualaikum dr sidina…… mohon dari dr untuk di hubungi atau menghubungi saya……. saya sangat berminat untuk mengetahui secara lanjut mengenai sejarah KERIS……0125667701 aizat
memg menarik.. mule2 memg xminat nk tau sal keris ni tp bile dikaji memg menarik n sy mule tetarik.. sy cume nak tau lebih lanjut pasal keris ni sebab sy nk ciri2 yg ade pde keris ni didlm rekaan sy.. sum1 leh bantu sy??
Mulalah berjinak-jinak dengan senjata Melayu.. kalau mahu serius, kena belajar pantang larangnya.
memang menarik….
Menarik…
saya tertarik dgn cerita merong mahawangsa oleh dr.sidina chewan dalam penciptaan keris.ttp sya ragu2 dgn kewujudan merong mahawangsa.sya sdg menyiapkan asigment mengenai keris.jadi boleh bantu sya sbb sya dh mula konfius asal usul keris ni…
Sdr adeq,sejarah awal rumpun Melayu dan hasil cipta oleh para kariawannya telah musnah atau dimusnahkan atau hilang begitu saja,sebab; oleh musuh-musuh bangsa, oleh Ombak Besar tektonic memecahkan BENUA MU kpd ribuan pulau di Laut Selatan pada tahun 14 ribu BC,Oleh ombak besar [gempa & tsunami} menghancurkn negeri Tanjung Pura|Kuangwan pada tahun 780 BC,kemudiannya menimbulkan lagoon Sengenting Kra, dan oleh ombak besar yang menghancurkan negeri Melayu Suvana Bhumi yang berpusat di Kota Katong [Kuala Setiu] pada tahun 161 BC.
Sebenarnya Tanjung Pura antara tahun 7000-6000 BC melahirkan 2 orang putra Melayu paling perksa di zamannya,yakni apabila Rimba Jati putera ke 20 Kaisar Petranala raja Makadonia,telah berkahwin dengan puteri makhota Tanjung Pura, Hasil perkahwinan antara putera Raja Rom dengan Puteri Raja Melayu itu telah melhirkan dua orang putera, yang sulung bernama SANG MERONG yang bongsu bernama SANG SAKA.
Apabila Paduka Megat Dalam Mangkat menantunya putera Raja Rom itu di lantik menjadi pemerintah Tanjung Pura bergelar AGONG MAHAMIRU,Apabila Agong Mahamiru Mangkat putera sulong SANG MERONG ditabal menjadi pemerintah Tanjung Pura bergelar MERONG MAHAMIRU,dan putera bongso SANG SAKA telah membawa laskarnya melayari LAUT MULAYU ke bahagian barat menubuh negeri sendiri bernama LANGKASUKA dan baginda bergelar MERONG MAHAWANGSA.
Senjata keramat KRIS atau ibu segala pemusnh itu dicipta oleh MERONG MHAWANGSA ketika baginda memerintah Tanjung Pura demi untuk persenjataan bala tenteranya.
Hebat. Sesungguhnya Merong Mahawangsa terkenal dalam cerita Langkasuka. Tetapi ramai yang masih menganggap cerita beliau adalah epik. Malah cerita kehebatan bangsa Melayu secara amnya hilang begitu sahaja..
saya tengah mengkaji asal usul berkaitan dengan keris seperti dimana permulaan keris,tujuan kegunaan keris,jenis2 keris,kelebihan keris,dan sebagainya..
*nak contact sape yerk?
tuan saya juga berminat di dalam kajian yang tuan ingin lakukan….. saya mohon untk mengikuti setiap kajian tuan mengenai keris….. mohon hubungi saya 0125667701
Sdr anak waris sememangnya Bangsa Melayu itu hebat di zaman purbanya, akan tetapi SAYANG kita pewarisnya tidak memiliki kehebatan itu sebagaimana semistinya, semuanya ini terjadi lantaran minda dan fizikal kita dijajah sepenuhnya selepas 1511.
`Kehibatan Bangsa Melayu terakhir berlaku pada awal tahun 767 Masihi diera keagongan Empayar Melayu Srivijaya menguasai laut selatan benua.Apabila Maharaja Sarpini yang berpengkalan di kota Tukun [Setiu]telah memimpin 50 ribu tentera laut Melayu melumpohkan tentera laut China yang dipimpin oleh Guar Chee dan berhasil mengempur Tanah Besar China membunuh rajanya dan mengepong Tembak Besar sehinggalah China minta perdamaian.
`Banyak lagi kehebatan Melayu purba yang dikenali dengan pangilan BANGSO MU,itu telah dipadam dari cartar sejarah,agar bangso mu tidak kembali perkasa seperti nenek moyangnya!
Apa tidaknya apabila sejarah betul cuba di tulis dianggapnya sebagai dongeng! kerana orang asing tidak menulis begitu!!!
Memang hebat.. Saya ingin benar mengkaji dan menulis kehebatan bangsa Melayu kerajaan Srivijaya ini..
pada 24 April lepas ada kesilapan dlm tulisan saya perenggang akhir, iaitu,”Senjata kerama keris atau ibu segala pemusnah itu dicipta oleh MERONG MAHAWANGSA……” SEBENARNYA “dicipta oleh MERONG MAHAMIRU ketika baginda memerintah Tanjung Pura demi persenjataan bala tenteranya”
asalam…. dr saya berminat penulisan dr mengenai keris mohon untuk dikongsaikan bersama saya penulisan/kajian doktor secara terperinci mengenai keris…….