Dato’ Bahaman – Penentang Inggeris di Pahang

December 9, 2009
Oleh

Asal

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di Semantan, daerah kekuasaannya di Pahang, Tanah Melayu.

Bapa Dato’ Bahaman ialah Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Riau. Ibunya pula ialah Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Walaupun beliau dilahirkan di Rantau Panjang iaitu sebuah kampung di daerah Bentong, beliau banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad.

Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.

Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Dato’ Bahaman digelarkan ‘Seman Tahan’ oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan Inggeris. Beliau tidak mengiktiraf pemerintahan Inggeris diPahang sejak awal lagi dan mencetuskan kebangkitan di Pahang.

Awal penentangan

Segala-galanya bermula pada Oktober 1888 apabila British melantik JP Rodger sebagai Residen Pahang. Pihak Inggeris sememangnya sudah lama mengintai peluang untuk menjajah Pahang dan peluang mereka terbuka apabila mengetahui Sultan Pahang bermusuhan dengan dengan adindanya, Wan Mansur. Rancangan Wan Mansur untuk menyerang Sultan Ahmad diketahui British dan bangsa asing itu mengambil kesempatan untuk berbudi kepada Sultan Ahmad dengan mematahkan cubaan serangan itu.

Melihat seolah-olah Sultan Ahmad sudah termakan dengan budi yang ditabur mereka, British mengutuskan Hugh Clifford untuk memujuk Sultan supaya menerima seorang residen untuk membantu baginda memerintah Pahang. British sebenarnya memasang helah untuk menjajah Pahang bagi membolehkan mereka memungut hasil bumi yang banyak di negeri itu. Pihak British seterusnya memujuk Sultan Ahmad bagi membolehkan pihak Inggeris campurtangan di dalam pemerintahan Pahang kerana mahukan hasil bumi Pahang seperti balak, bijih timah, getah, gading, rotan, emas dan padi.

Untuk menangani masalah campurtangan pihak Inggeris di Pahang, Sultan Ahmad mengadakan mesyuarat bersama Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan pembesar-pembesar Pahang di Kuala Bera, Temerloh. Selepas mesyuarat sulit yang diadakan di Sungai Salan, Pulau Tawar, Jerantut, semua pihak membuat keputusan tidak bersetuju membenarkan campurtangan pihak Inggeris ke atas Pahang.

Pada tahun 1885, British telah mengangkat Wan Mansur, kekanda kepada Sultan Ahmad menjadi Raja Muda. Berikut berlakunya kematian seorang Cina di istana Sultan Ahmad telah menyebabkan Sultan Ahmad terpaksa menandatangani perjanjian membenarkan British campurtangan dalam pemerintahan Pahang. Walaupun pada mulanya baginda enggan menerima kehadiran bangsa asing, atas beberapa helah dan desakan dari British, Sultan Ahmad akhirnya terpaksa bersetuju untuk menerima seorang Residen British di Pahang.

JP Rodger pada mulanya hanya berkhidmat sebagai penasihat Sultan untuk memerintah negeri tetapi lama-kelamaan lelaki asing itu mula besar kepala. Dia mula mengambil alih urusan mentadbir Pahang serta masuk campur ke dalam adat dan agama penduduk tempatan. Rodger mula merangka pelbagai peraturan sesuka hatinya tanpa berunding dengan sultan atau pembesar negeri. Sultan Ahmad dipaksa meluluskan segala peraturan yang diperkenalkan olehnya. Antara peraturan diperkenalkan Rodger, ternyata melanggar adat resam orang Melayu. Antaranya ialah melarang penduduk membawa senjata atau keris sesuka hati.

Rodger juga melarang pembesar negeri memungut cukai walaupun sebelum itu, semua pembesar diberi mandat oleh Sultan untuk memungut cukai, sebaliknya, Rodger melantik pegawainya, E.A Wise untuk mengutip cukai. British juga melantik E.A Wise sebagai majistret dan pasukan polis di kalangan pegawai mereka bagi mengawal dan mengadili kes jenayah dan secara tidak langsung mengurangkan kuasa pembesar Melayu yang dipertanggungjawab menjalankan tugas berkenaan sebelum itu.

Tindakan Rodger menimbulkan kemarahan pembesar Melayu terutama Dato’ Bahaman. Beliau enggan tunduk kepada perintah British dan terus mengutip cukai di Semantan. Tindakan Dato’ Bahaman itu menyebabkan British menghantar surat amaran kepada beliau tetapi tokoh pahlawan itu tetap tidak mengendahkannya. Tindakan Dato’ Bahaman itu turut disokong penduduk yang enggan bertuankan bangsa asing di tanah air sendiri.

Ketegangan bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato’ Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato’ Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato’ Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Dato’ Setia Perkasa Pahlawan, Orang Kaya Semantan.

Oleh kerana perlucutan jawatannya oleh Sultan dipengaruhi oleh Inggeris, Dato’ Bahaman bersumpah akan menghalau orang-orang Inggeris keluar dari Pahang kerana mereka telah memalukannya.

Pada Oktober 1891, British menghantar 25 anggotanya ke Balai Polis Lubuk Terua bagi mengawasi tindak-tanduk Dato’ Bahaman. Kemuncak kepada kebiadapan British apabila pihak Inggeris menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman di Sungai Semantan ketika sedang memancing ikan. Ketiga-tiga orang pengikut Dato’ Bahaman itu dibawa ke rumah pasung Lubuk Terua untuk diadili dan dihukum. Pihak Inggeris menuduh Dato’ Bahaman menyuruh ketiga-tiga orang itu mencuri hasil hutan tanpa kebenaran dan memerintahkan Dato’ Bahaman ditangkap dan dihukum. Salah seorang pengikut Dato’ Bahaman yang telah ditangkap berjaya melepaskan diri dan memberitahu Dato’ Bahaman tentang rancangan jahat Inggeris.

Dato’ Bahaman kemudiannya meminta pihak Inggeris membebaskan penduduk yang ditahan sebaliknya pihak Inggeris menunjukkan sikap besar kepala dan enggan mengikut arahan berkenaan. Mereka berkeras membawa tahanan itu ke Balai Polis Lubuk Terua untuk ditahan dan dibicara. Kesabaran Dato’ Bahaman berakhir dan beliau bersama pengikutnya menyerang pasukan polis British ketika mereka dalam perjalanan membawa tahanan ke balai polis berkenaan.

Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai Inggeris Pahang menyediakan tentera untuk melawan penentang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato’ Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak Inggeris dengan Dato’ Bahaman tetapi pihak Inggeris sekali lagi ditewaskan.

Pada Disember 1891, Tengku Mahmud bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang dan menangkap Dato’ Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu bekerjasama dengan pasukan polis Sikh. Pihak Inggeris yang diketuai Hugh Clifford mengalami kekalahan dan terpaksa berundur dan meminta bantuan dari Singapura.

Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.

Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.

Pada Mei 1982, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.

Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.

Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.

Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1995 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1996, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.

Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Pengistiharan persetiaan

Semasa berada di Bunut Payung Kelantan, Dato Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela & Mat Kelubi membuat satu pengistiharan persetiaan memberitahu bahawa mereka telah meninggal dunia.

Percubaan bunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya

Percubaan membunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya berlaku di Kuala Lebir, dekat Kota Baru pada tahu 1896. Satu jamuan makan serabai dan bubur jagung muda telah diadakan oleh orang besar adik beradik iaitu Wan Ngah, Wan Nik, Dato’ Lela dan orang besar Lebir. Seramai 15 orang termasuk 8 orang besar Kelantan dan Siam serta 7 orang pejuang Pahang. Kuih Serabai, bubur jagung muda dan air minuman yang dijamukan telah dibubuh racun. Mat Lela telah melarang Dato’ Bahaman dan kawan-kawannya dari menjamah hidangan yang beracun tersebut. Akhirnya, pembesar Kelantan dan Siam yang khianat memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka.

Persetiaan sumpah

Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).

Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjumg Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.

Nota: Fakta sejarah di atas telah diolah bahasanya dan diambil dari beberapa sumber. Penulis meminta maaf sekiranya terdapat fakta yang kurang tepat atau bercanggah dengan fakta sejarah sebenar. Pembaca diharap agar dapat memberi sedikit komen atau pembetulan fakta jika ada, di ruangan ‘comment’ yang tersedia. Wasalam.

Sumber:-

  1. scribd.com
  2. lipis-zaini.blogspot.com
  3. keriswarisan.com
  4. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung – carigold.com/portal/forum
  5. wikipedia.org
  6. tok guru peramu
Share

Artikel sama yang berkaitan

  1. Mat Kilau Pahlawan Melayu Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu...

Pautan:

Komen dari FB:

72 maklum balas daripada Dato’ Bahaman – Penentang Inggeris di Pahang

  1. avatar
    Anak Waris on December 10, 2009 at 10:12 am

    Antara sedar atau tidak Melayu masih lagi dijajah..

    • avatar
      secret on November 20, 2010 at 5:37 pm

      sy prnh brtemu dgn dato’ bahaman brsama dgn arwah tok ki sy…..tok ki sy mrupakan kwn dato bahaman…..pd mse brbncg dua owg,sy dmnta trun ke tnh sbntr….tp,smgmgnya dato bahaman mmpunyai wjh yg ckup brsih…..swk2 d rmh dato bahaman,hujan trun dgn lbt nye…tp,allah maha kaya…..stitik air hujan x msk lam rmh,wlaupun atap bocor…sy tnye kpd arwah tok ki sy,knp air hujn x msuk?????tok bahaman hnye trsnyum je…pd mse e2 jge,tok bahaman tuang air sejuk lam s1 gelas…tok bahaman mnum sparuh & sparuh lg tok bahaman swuh sy mnum…tok ki sy hnye trglk sje…sy ingt smpai skrg..sbb sy sring mmpi brtemu ngn beliau &arwah tok ki sy…ini hnya sbhagian dry criter sy…salam

      • avatar
        Anak Waris on November 24, 2010 at 1:02 pm

        Menarik.. Pengalaman yg berharga..

        • avatar
          firda on January 29, 2011 at 3:05 pm

          saya sangat kagum melihat dato’ bahaman ini….

      • avatar
        muhammad fitri nadhir on May 15, 2011 at 8:21 pm

        boleh kah saya jgk mahu mimpi bertemu dgn dato bahaman???
        krn beliau membuat saya ingin mengenali nya…al_fatiha utk dato bahaman

    • avatar
      cucu kepada KARI BIN JEBAH on July 12, 2011 at 1:43 am

      Apa yg atok ceritakan kpd saya tidak byk. Semasa hayatnya beliau seperti menyembunyikan sesuatu.Beliau seperti takutkan sesuatu. Atok saya bercerita, semasa penjajahan british di pahang, british telah memburu ORG KAYA BAHAMAN SERTA KETURUNANNYA. Maka sanak saudara serta keturunannya telah byk melarikan diri dan merantau ke negeri lain.Akhirnya rahsia yg atok saya sembunyikan dari saya terbongkar jua. Rupa2nya, ibu kepada tok ki saya ada adik beradik dgn ibu dato bahaman.Semasa tok ki saya sakit tenat, menurut atok saya,datok bahaman ada datang melawat.Sehingga kini saudara mara sebelah tok ki saya masih ramai di negeri pahang antaranya diKG SEBERANG PEJIN (terdapat kubur moyang2 tok ki di sini), KG SENTOSA/KG BANJIR DI MARAN, KG AWAH, CHENOR dan SEBERANG CHENOR.
      Jika dahulunya, kawasan CHENOR amat luas jajahannya. Dahulu menurut atok saya ia di panggil BUKIT SEGUMPAL.
      Jika anda datang ke JELEBU NEGERI SEMBILAN, silalah datang ke MUKIN TRIANG ILIR dan anda pasti terkejut kerana orang di KG JERANG, KG BEMBAN,KG MENTAUS DAN sedikit dari KG SG BULOH bercakap menggunakan loghat pahang (loghat sebelah chenor). Terdapat juga waris dato bahaman yg tinggal di KG CHENOR, KUALA KLAWANG NEGERI SEMBILAN.
      Kepada pengkaji pengkaji sejarah negeri pahang,saya menyeru, silalah buat kajian tentang waris2 dato bahaman yang ada di negeri sembilan. Byk waris2 beliau yg mengetahui cerita yg sebenar telah meninggal dunia kerana faktor usia.

      • avatar
        cucu kepada KARI BIN JEBAH on July 12, 2011 at 2:05 am

        JIKA ANDA ADALAH DARAH DAGING ORANG KAYA BAHAMAN, SILA LAH ADD SAYA DI bbanglak@yahoo.com. Sesungguhnya kita mempunyai ikatan darah yang kuat walaupun ia telah di telan zaman. Alfatihah buat moyang2 ku yang telah kembali ke rahmatullah kerana memperjuang dan menegakkan kebenaran di bumi pahang.

        • avatar
          Izram on October 17, 2011 at 9:08 pm

          Al-fatihah buat moyang2 kita…

      • avatar
        hamidmalik on September 10, 2011 at 5:07 pm

        Salam…
        saudara ku warga@ rakyat Pahang.. saya terbaca komen saudara berkenaa Dato Bahaman…saya berminat utk mencari salasilah serta keturuan saya…dimana datuk saya bekerja sebagai anggota Polis dan telah meninggal dunia, bapa beliau berasal dari Bukit segumpal Kg awah Chenor Pahang dan Ibu datok saya berasal dari Kg Jerang Simpang Pelangai Negeri Sembilan..hal yg demikian saya pernah diceritakan serba sedikit berkenaan peribadi Datok saya nama beliau Mohd Laji Bin Awang Ngah dan Awang Ngah Bin Nik… mengikut cerita sejarah dari Datok saya Tok Nyang saya bernama Nik merupakan seorang pendekar Raja semasa pemerintahan Sultan Pahang di Kerajaan Raja Chenor, kemahiran Tok Nyang saya pernah berlawan pedang dengan pendekar dari kerajaan majapahit sehingga berjaya mencantas pedang pendekar majapahit sehingga ke pangkal hulu pedang, dan dipercayai juga Tok Nyang saya pernak bersama-sama Dato Bahaman menentang penjajahan Inggeris suatu ketika dahulu, diatas kehebatan Tok Nyang saya bermain pedang beliau diangkat sebagai pendekar Raja di Kerajaan Raja dichenor…dan sehingga sekarang saya masih mencari cerita dan sejarah berkenaan Tok Nyang saya, yang saya tau cuma sebilah keris sebagai bukit kepunyaan Tok Nyang saya masih di simpan di Maran Pahang oleh Bapa saudara saya..pohon saudara berkongsi sejarah dengan saya

  2. avatar
    AaM on December 10, 2009 at 11:19 am

    Tahniah tuan … satu pendedahan sejarah yg menarik. Semoga mampu membuka mata generasi hari ini betapa tiada erti perjuangan tanpa jihad dan pengorbanan

  3. avatar
    abusyakirin on February 4, 2010 at 12:32 pm

    Sejarah inoi perlu didendangkan

  4. avatar
    Abu Bakar Ali on February 23, 2010 at 11:54 pm

    Saya keturunan Engku Wan Mansur… anak lelaki Engku Wan Mansur yang tua bernama Engku Wan Hassan telah lari dan bermastautin di Pagoh, Muar Johor…

    Engku Wan Mansur telah mati diracun oleh orang Sultan Ahmad… Wan Mutahir merupakan kekanda kepada Wan Ahmad (di atas ditulis adinda Wan Ahmad).

    Apabila Bendahari Tun Ali mangkat, beliau telah mewasiatkan kepada Wan Mutahir untuk menyerahkan satu kawasan kepada Wan Ahmad… namun Wan Mutahir telah mungkir dan bermulalah penentangan Wan Ahmad kepada Bendahara Wan Mutahir.

    Keturunan Wan Mutahir yang masih hidup dan dikenali ramai ialah Pengarah Aziz M Osman dan keluarganya. Adiknya Tun Suzana M Osman adalah ahli sejarah yang telah menulis beberapa buku mengenai sejarah Pahang… mungkin bagus juga rujuk buku beliau bagi melengkapkan sejarah keluarga kita…

    Wassalam.

    • avatar
      Anak Waris on March 25, 2010 at 8:43 pm

      Terima kasih.. setelah disemak, Wan Mutahir adalah kekanda dan bukan adinda :)

      Jikalau tak keberatan, boleh tuan berikan judul buku untuk dirujuk kembali..

      • avatar
        (tun) suzana (tun) hj othman on April 24, 2011 at 10:37 pm

        Assalamualaikum,
        Buku yang dimaksudkan adalah Mencari Sejarah Tun Mutahir Pahang keluaran Crescent News KL. Bagaimanapun stok buku tersebut sudah habis dijual dan setakat ini belum ada cetakan baru. Buku lain bertajuk Pensejarahan Semula Perang Bendahara Pahang 1857-63, Menelusi Peranan British, diterbitkan oleh Karisma Publication Sdn Bhd

        Sekian,
        (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman

  5. avatar
    pekan on March 6, 2010 at 2:10 am

    terdapat kesalahan tarikh seperti 1982(mungkin 1892…)
    dan adakah benar tarikh 1995 dan 1996?..(…Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1995 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1996, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu….)
    ingin kepastian..

    • avatar
      Anak Waris on March 25, 2010 at 8:52 pm

      Nanti akan dirujuk kepada yg. arif.. :)

  6. avatar
    zul on March 25, 2010 at 11:02 am

    cuba baca petikan dibawah, ada kemusykilan pada tarikh yang disebut:- (1995) & (1996)

    “Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.

    Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1995 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1996, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.”

  7. avatar
    Anak Waris on March 25, 2010 at 8:53 pm

    .. akan dirujuk. Terima kasih. :)

  8. avatar
    farid on March 28, 2010 at 1:54 am

    salam,
    boleh saya tahu tarikh tepat tok guru peramu (datuk bahaman) lahir dan meninggal dunia?
    saya dah cari di pelbagai tempat tapi tak jumpa.

    • avatar
      norle on July 8, 2010 at 1:56 am

      Salam,
      Pertama dan terakhir saya bertemu Tok Guru Peramu di pondoknya pada tahun 1971 dibawa arwah bapa. Beberapa tahun kemudian ada berita akhbar tentang beliau sejurus sebelum meninggalnya di Peramu juga. Marhum ketika kami temui walaupun rabun mata, masih kuat ingatannnya tentang tempat-tempat yang ditempuhinya di Kelantan.Suka dapat makan kopi dengan durian. Al Fatihah buatnya.

  9. avatar
    marouk on May 6, 2010 at 10:46 am

    Arwah bapa saya orang kg aur rompin…tp beliau banyak berahsia dengan anak-anaknya….

  10. avatar
    lala peace"_" on July 24, 2010 at 10:38 am

    ctk..n nice

  11. avatar
    Cucu cicit Tok Bahaman on July 29, 2010 at 1:20 am

    Ada sedikit pembetulan. Rantau Panjang tu di Lanchang, Temerloh. Bukannya di Bentong.

  12. avatar
    'Kemega' blog on August 31, 2010 at 5:47 am

    SeSalam99 sememangnya Tok Bahaman masih “hidup” secara Rijazulghaibi Hak kpd Haq! Siap siaga 2012 mendatang apabila PRU ke13 menjelang tiba… Hidup Melayu313!Siapkan Payung2 Panji2 Ufuk Timur ini sebelum hujan banjir terbesar!. Drpd ‘Kemega’ blogspot. Kota DiRaja kuala kangsar; Perak Darul Ridzuan.

  13. avatar
    arie stories on September 24, 2010 at 3:15 pm

    leh x kalu sesiapa y gtw sya tntg pnentgan di pahjang dgn lbh mendalam??

  14. avatar
    ajay75 on September 26, 2010 at 12:36 am

    salam,ade sesape tau tak keluarga datok bahaman nie masih ade lg tak?

  15. avatar
    secret admire on September 27, 2010 at 5:49 pm

    ada masih hidup..

    • avatar
      ajay75 on December 15, 2010 at 9:29 pm

      klau ade keturunan datok bahaman d mane mereka skrg?

      • avatar
        abg tam on December 30, 2010 at 7:43 pm

        ramai kaum kerabat & keturunan almarhum di temerloh..

        • avatar
          FARAH on August 13, 2011 at 6:17 am

          Saya kenal moyang datuk bahaman :)

          • avatar
            FARAH on August 13, 2011 at 6:24 am

            eh, maksud saya cucu dia

          • avatar
            ajay75 on September 20, 2011 at 9:06 am

            sekarang die berada d mane??? memgikut cerita arwah atok sy kami dari keturunan dato bahaman yg isterinya di bernama tok cik siam yg melarikan diri ke selangor. Pernah suatu ketika dulu pakcik sy pergi ke pahang untuk mencari waris d sana

    • avatar
      semantan kanan on August 9, 2011 at 12:05 pm

      saya tinggal dimana waris datuk bahaman berada

  16. avatar
    generasi bahaman on October 2, 2010 at 3:16 am

    mengikuti urutan peristiwa sejarah penentangan terhadap inggeris oleh dato bahaman, mat kilau dan lain-lain, pahlawan-pahlawan ini berundur ke Terengganu dan diberi perlindungan oleh Tokku Paloh.Berdasarkan peristiwa penting ini, saya ingin memaklumkan bahawa masih ada keturunan dato bahaman di Terengganu. Arwah datuk dan ayah saya sendiri pernah ke Pahang untuk mencari kaum keluarga dato bahaman (ketika itu) namun tidak berjumpa dengan saudara tua yang dimaksudkan. (Mungkin kami dapat mengenali kaum kerabat sekiranya datuk dan ayah dapat bertemu Dato Bahaman sebelum beliau meninggal dunia. AlFatihah untuk Allahyarham Dato Bahaman. Akhirnya dapat juga ditatap gambar Allahyarham setelah lama hanya mendengar secara lisan daripada ayahanda.

  17. avatar
    Rumaizah Binti Khuzaimah on January 16, 2011 at 1:28 pm

    Saya masih dlm kesamaran tentang asal keturunan kerana ayah tidak mahu menyatakan secara terus terang cuma..ayah pernah bercerita sedikit & terdiam bila air mata berginang …
    Ayah pernah bercerita bahawa kami ade keluarga di daerah Kerdau…tapi ayah tidak mahu bercerita panjang lebar kerana ingat pesan arwah datuk kami….” JANGAN CARI SAUDARA SELAGI SAUDARA TIDAK DATANG MENCARI KITA..” ayat2 ni terkeluar dari mulut arwah datuk kami kerana …waktu ayah kecil dulu arwah datuk Muhammad membawa ayah saya utk berjumpa seseorang yg ada darah daging dgn keturunan kami…tetapi arwah datuk & ayah terlambat sedikit kerana perjalanan dari kuala terengganu ke pahang amat jauh waktu kerana setiap perjalanan arwah datuk akan berhenti setiap rumah saudara mara & memperkenalkan ayah saya kepada setiap ahli keluarga yg di singgahi tetapi orang yg paling penting utk dijumpai waktu itu tempat pertemuannya di atas bukit tetapi arwah datuk terlewat,…ayah menceritakan wajah arwah datuk amat kecewa…& menyatakan ..” kita sudah terlewat..” walaupun sedikit je lewatnya…arwah datuk menyatakan…orang yang mereka nak jumpa itu memang seorang kuat berpegang pada janji & tidak boleh lewat kalau kita berjanji…, arwah datuk berpesan kepada ayah…” JANGAN CARI SAUDARA SELAGI SAUDARA TIDAK MENCARI KITA..”…
    kalau di kampung ayah dikenali sebagai KU ween …nama ayah saya KHUZAIMAH BIN MUHAMMAD tinggal di Kampung Pulau Rusa , Manir , Terennganu…samapai sekarang kami tidak tahu asal -usul kami kerana ayah jugak menyatakan / ulang semula pesanan arwah datuk kami “JANGAN CARI SAUDARA SELAGI SAUDARA TIDAK MRNCARI KAMI”
    …Satu peristiwa berlaku semasa saya di tingkatan 3 di SMK Wakaf Bharu , Kelantan…ade seorang cikgu yg hanya berada di sekolah selama 2 minggu sahaja…akhir terakhir saya berjumpa dgnnya adalah selepas dia menyatakan..” Suruh ayah jumpa saya di bandar Wakaf Bharu..” Nama dia ingat2 lupa Tengku Ibrahim ….aku lupa sedangkan waktu itu aku ingat sampai nama moyang cikgu itu…keesokkan harinya cikgu itu tidak ade lagi di sekolah & aku bertanya dengan Pengetua …mana cikgu tuuu…Pengetua kata dia dah jumpa saudara dia ..dia pergi ke sekolah lain lah pulak…
    Balik ke rumah aku tanya ayah ku ..dah jumpa cikgu tuuu keee…ayah cuma diam & berlalu ke dlm bilik…..sambil berkata…
    ” Kalau dia nak jumpa kita ..dia datang cari ayah..bukan ayah yang pergi jumpa dia..itu pesan arwah Datuk mu….”
    …nampak seperti ayah cukup terguris….tapi entah…siapalah …
    Boleh tolong saya…

    • avatar
      lebai paloh on November 19, 2011 at 9:29 pm

      askum.rasa bangga dgn keturunan dato bahaman.tapi x tahu keturunan keberapa.dok kat klantan,dgr crite dari saudara kat phg je.nasib baik smpat ada yg criter.kalau x,x tau asal usul.akan ku criterkan ke generasi ku yg akan dtg.

  18. avatar
    wms on January 16, 2011 at 4:28 pm

    nk mncari salasilah keluarga tun mutahir

    • avatar
      (tun) suzana (tun) hj othman on April 24, 2011 at 10:29 pm

      assalamualaikum,
      wms,

      Kebetulan saya ni dr keturunan Tun Mutahir.Salasilah saya Suzana binti Othman bin Wan Cik binti Tun Tahir binti Tun Abdul Rahman bin Tun Mutahir. Saya banyak membuat kajian tentang sejarah Tun Mutahir dan telah menghasilkn 2 buah buku yang berkaitan dengannya. Sila hubungi saya di alamat email saya tun_suzana@yahoo.mail dan kunjungi laman web saya KUMPULAN MUHIBBIN di alamat muhibbin.org.

      Salam ukhuwwah
      (Tun) Suzana

  19. avatar
    wien on February 7, 2011 at 10:17 pm

    saya baru tersedar betapa pentingnya pembelajaran sejarah..saya harap kita terus berjuang menegakkan bangsa dan negara…

  20. avatar
    tuan nadim on March 12, 2011 at 12:29 pm

    salam, boleh x saudara ceritakan peristiwa yang berlaku di kampung balik angin?kerana diceritakan pada masa itu, dengan kebolehan tok bahaman, seramai 200 askar inggeris telah dibunuh dengan kemahirannya. saya berminat untuk mengetahui kisah kg balik angin dan asal usul kampung rakit di temerluh.

  21. avatar
    Aini576 on April 12, 2011 at 11:17 pm

    Assalamualaikum, kami cicit Tun Mutahir dari Sg, Kg Pahang Pulau Tekong Besar. Malang nya sudah pindah ke tanah besar Sg. Lebeh malang lagi ramai saudara kami (keturunan Tun Mutahir) yg tak endah atau tak mau tahu tentang salasilah walaupon nama tok kami ader tertera di museum kat Pahang.

    • avatar
      (tun) suzana (tun) hj othman on April 24, 2011 at 10:23 pm

      Assalamualaikum wr wbkth,
      Puan Aini.

      Sedihnya saya dengar cerita Puan yang mengatakan tak diendahkan oleh keturunan Tun Mutahir. Saya juga dari keturunannya, dari anakndanya Tun Abdul Rahman.salasilah saya Suzana binti Othman bin Wan Chik (nenek saya) binti Tun Tahir bin Tun Abdul Rahman bin Tun Mutahir. Sila hubungi saya di alamat email saya tun_suzana@yahoo.com. InsyaAllah kita boleh cerita panjang, banyak sejarah tok kita yang boleh dikongsi bersama. Sila kunjungi laman web saya KUMPULAN MUHIBBIN di alamat muhibbin.org ye.
      salam untuk keluarga semua.

    • avatar
      Aisyah on November 22, 2011 at 3:27 pm

      kadang kala bukan tak endah.. ader dpd kami yg baru2 ni dibilang tentang sejarah keluarga.. ape yg saya tahu setakat ni very limited.. Nenek saya pun dari Kg Phang Pulau Tekong. Mungkinkah keluarga kite related?

    • avatar
      Aisyah on November 22, 2011 at 3:27 pm

      kadang kala bukan tak endah.. ader dpd kami yg baru2 ni dibilang tentang sejarah keluarga.. ape yg saya tahu setakat ni very limited.. Nenek saya pun dari Kg Pahang Pulau Tekong. Mungkinkah keluarga kite related?

      • avatar
        skidmaiden07 on March 17, 2012 at 9:59 pm

        Assalammualaikum semua,

        Keluarga ibu saya berasal dari Kg. Pahang, Pulau Tekong Besar. Dia mengatakan dia adalah dari keturunan Tun Mutahir. Alhamdulillah ada juga kejayaan sedikit mencari keturunan ibu saya tetapi bnyk lagi yang belum dapat diketahui.

        Menurut ibu saya dan ramai bekas penduduk Pulau Tekong Besar, pulau tersebut diibaratkan seperti ‘pulau saudara’ kerana ramai mengenali dan ada pertalian darah antara satu sama yang lain, tak kira sama ada di kg Pahang, Permatang, Sanyongkong dll.

        Saya boleh dihubungi di mdbsms_07@yahoo.com.

  22. avatar
    MD. YUSSHALMAN BIN MD. YUSOF on April 26, 2011 at 2:40 am

    Sejarah itu penting kepada bangsa kita, tanpa sejarah bangsa kita tidak kukuh sehingga ke hari ini,kita sepatutnya bersyukur kerana kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni pada zaman yang serba moden ini. tetapi kita jangan sekali-kali lupa perjuangan para pejuang bangsa kita yang terdahulu , mereka berjuang demi keturunan , agama dan negara mereka, tanpa mereka kita tidak akan sempurna hari ini..mereka sanggup tingggalkan keluarga dan kehidupan serta kesempurnaan dalam menjaga maruah dan kepentingan bangsa kita. mereka berjuang sehabisnya sehingga terpaksa menukar nama dan penampilan semata-mata untuk bangsa, kita perlu menghargai dan mengingati mereka sehingga akhirnya.

  23. avatar
    madie17 on April 28, 2011 at 6:13 pm

    kepada rumaizah binti khuzaimah….sya trtarik dgn ape yg saudari ceritakan…tntg asal usul kluarga yg masih lg samar…bru2 ni bberape org ahli kluarga sy sakit dan kami pergi brubat…ustaz trsebut ad mnyebut bhw kami sekelurga merupakan kturunan dato bahaman kesahihannya msh blum dpt dipstikan lg dan msh mncri…..ustaz trsbt mnyurh kami skluarga mngadakan kenduri doa slamt slepas sratus hari smbhyang hajat….kalu blh sy ingin brbicara sndri dgn saudari tntg hal ini…ini no fun sy…0145343673,0142907523….

    • avatar
      shah on June 13, 2011 at 6:17 pm

      saya jugak dari keturunan dato bahaman, skrg kami menetap di perak dari arwah dato saye, alauidin… anak kepada dato bahaman.. tapi saye xberapa tahu sgt.. niat hati nak cari salah silah keturunan….. blh add saye kat FB, renshah2409@yahoo.com

      • avatar
        Izram on October 17, 2011 at 9:02 pm

        SALAM…klu sah,kita ni dr susur galur yg sama la ye?drp ape yg diceritakn oleh arwah abah sy,kami ni dr belah moyang Saedah/Tok wan Saedah(xpasti panggilan),iaitu anak perempuan Tok Bahaman dgn isteri pertama(xtau nama).Saedah ni dpt anak,Aki Hassan Chenor,iaitu arwah datuk sy…dan seterusnya membawa ke arwah abah sy,AW Abdul Rahman b.Hassan kemudiannya bru la sy,Izram Azman.Bgitu la critanye haha…selamat kenal kpd sape2 lg yg berasal keturunan dr Tok Bahaman ni….SALAM.
        -corleone360@gmail.com-

  24. avatar
    keturunan belah isteri dato' bahaman. on June 4, 2011 at 8:20 am

    kalau ada yang ke lanchang, mencari keluarga dato’ bahaman boleh berjumpa dengan tuan punya kedai RESTORAN SINGGAH SINI di pekan lanchang.

    Beliau tahu sedikit salasilah dato’ bahaman melalui cerita lisan.

    Boleh lah bercerita sedikit dengan dia.

  25. avatar
    Cuit Bahaman on June 29, 2011 at 12:46 am

    Dl, Rantau Panjang tletak dlm daerah Bentong, cuma kini ia dlm Temerloh. Jajahan Dato’ Bahaman meliputi Raub, Bentong, Temerloh hgga dkatakn shingga ke Rembau, N9. Kg. Chempaka dan Kg. Bolok dibakar ktika Inggeris mcari beliau, ktika itu beliau & yg lain2 berundur ke Tembeling, T’ganu dan akhirnya ke Kelantan, jd ada waris2 beliau di sana.
    Jika Mat Kilau ada buntat embun dkaki, Dato’ Bahaman ada tanda apa ditubuh beliau? Utk makluman, Panglima Kakap (Pemangku Gendut) adalah org kpercayaan beliau. Shingga kini, waris2 beliau yg dekat masih ada diLanchang, Pahang, terutama sekali di Kg. Lanar, Rantau Pjg, Teris dan Kg. Bolok… cuma mrk lebih suka mdiamkn diri. Pyimpan cerita ttg Dato’ Bahaman antaranya We Manggang (Kg Teris)tlh kbali ke Rahmatullah, dan ada lg 2,3 org yg masih tahu akan cerita sbenarnya.

  26. avatar
    Cuit Bahaman on June 29, 2011 at 1:22 am

    Bgtu jg ktika blakunya pbunuhn Residen Inggeris dPerak, JWW Birch, org2 Phg pd waktu yg sama cuba utk mbunuh Hugh Clifford dPulau Lebak, Temerloh ktika beliau sdg mandi. Org2 dari Lebak dan Lanchang bpakat utk btemu dsatu tempat sblm itu, akan tetapi org2 Lanchang tidak juga smpai2 kerana org2 Lanchang tlh salah maklumat dan smpai ke Mengkarak, Bera. Wujudlh Kg. Jeram Ular dMengkarak yg rata2 asal mrk dr Lanchang.

  27. avatar
    Cuit Bahaman on June 29, 2011 at 1:31 am

    Mcm cerita Awang Serabai (seorg waris Bahaman)yg ingin bljr ilmu agama di Kelantan. Nama sbenar beliau koi tida bgitu pasti, akan tetapi beliau mdapat nama kerana beliau memakai serban tidak begitu kemas, Awang adalah nama manja bg anak lelaki.
    Pd waktu pg itu, beliau sdg bsarapan dStesen Keretapi Mentakab kerana ingin mnaiki keretapi ke Kelantan. Wisel dtiupkn mnandakn keretapi akan bertolak. Beliau masih belum slesai bsarapan, ktika keretapi mula bgerak, beliau mmegang pd gerabak keretapi yg terakhir myebabkn keretapi bhenti secara tiba2. Tkejut org2 dsitu pd ktika itu. Mrk x myangka, Awang Serabai mampu menahan keretapi dr bgerak.

  28. avatar
    Cuit Bahaman on June 29, 2011 at 1:58 am

    Bgtu jg cerita Abu Samah (dkatakn ‘Komunis’). Sbenarnya Abu Samah adalah sorg Sarjan dlm Rejimen Askar Melayu. Dkhabarkn, beliau tlh djanjikn jwntn sbg duta dEngland. Ktika Tanah Melayu dtakluk Jepun, rumah beliau mjadi tempat psembunyian org2 besar Phg.
    Ada satu ktika, askar melayu mburu beliau shingga ke Kg. Bolok, beliau mberi amaran agar jgn paksa beliau btindak. Bunyi tembakan btalu2 shingga menembusi dinding rumah, dan tanda itu masih ada hgga skrg. Mnurut saksi yg mlihat kjadian itu, Abu Samah bdiri ktika itu, ttapi tiada sbutir peluru pun yg mengenai beliau. Beliau jg dkatakn, tahu akan lokasi tepat tempat emas dismbunyikn oleh askar2 Jepun dKg. Rantau Panjang.
    Abu Samah mpunyai saudara yg dgelar Man Skoya. Mrk sama handal, sama kebal dan masing2 tahu akan klemahn masing2. Utk menangani Abu Samah, Man Skoya dpanggil myertai askar Melayu. Dr situlh, Abu Samah mdapat kcederaan tkena tembakan dkaki. Abu Samah berundur kdalam hutan hgga kcederaan beliau pulih dan kbali mjejaki Man Skoya yg dkatakn bpindah ke Jelebu, N9. Dkatakn, beliau dpt mhidu waris Man Skoya jika mrk dtg bjumpa beliau sblm mrk mpkenalkn diri. Waris2 Man Skoya kini tinggal dDengkil, Sgor.
    Saat2 terakhir beliau di Sukhirin, Selatan Thailand, beliau mjadi guru agama, mgajar ilmu agama kpd masyarakat stempat, beliau dkatakn tidak dbenarkn pulg ke Malaysia. Ada waris2 beliau dLanchang mziarahi beliau dsana… btanya kb hal beliau, ada yg ingin menuntut ilmu psilatn dgn beliau dan x kurg jg yg ingin tahu dmana emas Jepun dsmbunyikn. Byk rahsia yg x dceritakn beliau kpd org ramai krn dbimbangi mrk akan tamak, bgaduh dsb. Bgtulh cerita yg sy dgr dr org2 tua (waris jg) yg mana mrk suma tlh mninggal dunia. Wallah hu Aklam.

    • avatar
      red on October 5, 2011 at 11:40 pm

      salam 1 malaysia…saya tertarik dengan cerita abu samah ini…dan dari mana saudra dpt ceritera ini n adakah saudara bersaudara dgn beliau.minta jasa baik saudara untuk add….fb shyfull_86@yahoo.co.uk

  29. avatar
    SHAHRUDDIN on July 4, 2011 at 10:16 am

    Salam, ada sedikit kesilapan menaip pada perenggan 21
    “Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1995 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1996, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.”

    Tahun sepatutnya 1885 dan 1886

    Sekian.

  30. avatar
    FARAH on August 13, 2011 at 6:16 am

    Saya kenal moyang Datuk Bahaman ni :)

  31. avatar
    FARAH on August 13, 2011 at 6:24 am

    eh, maksud saya cucu

  32. avatar
    Zubair on September 3, 2011 at 12:31 am

    izinkan saya share di blog saya untuk pengetahuan bersama rakan yang lain. terima kasih.

  33. avatar
    khoddri on September 7, 2011 at 12:14 pm

    sayatak tenal sape mat kilau , tok bahaman atau tok gajah. sebab orang tua-tua tak pernah cerita pada saya. sejarah keluarga saya sendiri pun saya tak tahu. tapi yang saya tahu adalah sejarah perang dunia kedua. Nama mohd khoddri bin Ramli bin Haji Hassan nin Haji Ismail, asal kampung Pelangkah , Pekan Pahang. cari pun tak guna sebab mereka dah lupa dan waris daripada keturunnya yang lain semua tak layan. dunia modern lebih penting.

  34. avatar
    tok dalang ranggi on September 11, 2011 at 2:30 pm

    alhamdulllah kita dilahirkan selepas kemerdekaan. subhanallah lah besarnya pengorbanan2 yang telah dilakukan oeh tokoh tokoh ini

  35. avatar
    tok dalang ranggi on September 11, 2011 at 2:40 pm

    alhamdulillah kita dilahirkan dengan negara yang membangun.subhanallah besarnya perjuangan tokoh2 kita ni ye

    waalaikumussalam
    nak balik al azhar ni

    • avatar
      bulat budi on September 16, 2011 at 2:51 pm

      assalamualaikum tok dalang saya ni sepupu tok dalang . bercerita pasal sejarah .saya paling suka dengan tokoh kemerdekeen sarawak iaitu rosli dhobi .dia orng yang pandai diantara sekolahnya kalau boleh saya mahu lebih tepat tentang roslli nni

  36. avatar
    red on October 5, 2011 at 11:47 pm

    salam…saya adalah seorang dr beratus penduduk yg mana 1 ketika dulu menjadi medan pertempuran di antar inggeris dan dato bahaman…yg amat mengecewakan…mengapa tempat bersejarah tersebut dibiarkan dan mengapa tidak dijaga untuk tatapan generasi akan datang…

  37. avatar
    Abu Anas on October 20, 2011 at 11:27 am

    Assalamualaikum!
    Terima kasih Anak Waris atas daya usaha. Teruskan. Datuk Bahaman ialah seorang pejuang sejati, tidak bersengkokol dgn Yahudi. Kesah Datuk Bahaman patut dijadikan contoh kpd generasi kini.

  38. avatar
    Kemega Tok Lok on November 11, 2011 at 1:57 pm

    Aslkm wrtbh sekelian semua, kami dari ‘Kemega’ di blogspot telah memberi pesanan terakhir untuk sediakan payung sebelum hujan dlm siap siaga sedia senjakala kian tiba…bacalah komen kami pd 31Okt2010 dan kini hujan banjir terbesar kian tiba dan perhitungan terakhir PRU13 selepas 13mei kini menanti…2012/1433 Salam313.99.33.13.9.

  39. avatar
    Tok Lok Lentang on November 12, 2011 at 4:15 pm

    Respon dahulu bertarikh 31 Ogos 2010 di atas. Aslkm wrtbh sekelian semua, bulan muharam1433 hampir tiba dan 2012 juga kian jelma dgn banjir besar bersejarah di tanah melayuIslam ini dgn hampir sama peratus bilangan kaum lain nya juga dgn agama tahyul khurafatnya menyembah berhala… Siapkan payung sebelum hujan dn siap siaga demi PRU13 semenjak 13mei peristiwa hitam dahulu minta do’a jauhkn bala marabahaya, beramal lalu bertaubat sesungguhnya akan kiamat diri akhirnya juga kalau masih mengejar duniya sahaja. Salam “Kemega” d blogspot.313.99.33.13.9 IPPM

  40. avatar
    lebai paloh on November 19, 2011 at 9:38 pm

    sape tahu dimana pusara dato bahaman

  41. avatar
    tokpakehtemenggong on December 2, 2011 at 8:03 pm

    salam

    saya ingin tahu samada dato bahaman pernah ke melaka?
    adakah waris dato bahaman ada di melaka?
    di mana pusara/makam dato bahaman?
    sudilah tunjukkan.
    terima kasih semoga kit semua di dalam rahmat Allah. Amin

  42. avatar
    Fitri Jalil on January 24, 2012 at 5:10 am

    Asallammualaikum . .
    rodong nak tanya ni , ande sesiap yang pernah dengor nama
    Imam Perantih dengan Panglima Kabut ?
    dan rodong nak tanye ni ade sesiapa menahu tentang raja di Hulu Lipis?

  43. avatar
    rara on March 27, 2012 at 12:21 pm

    makam dato bahaman kan ner ea??

    (percinta sejarah)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Langgan Percuma Artikel Terkini

Masukkan alamat email anda:

Dibawa oleh FeedBurner