Pahlawan Melayu yang Hilang – Si Bongkok

May 10, 2010
Oleh

Baru ini, penulis ada berjumpa dengan sahabat dari selatan – Johor dan bersembang panjang, maklumlah dah lama tidak berjumpa. Mengetahui sahabat penulis juga pecinta sejarah Melayu, penulis sempat bertanyakan sejarah Melayu di Johor yang boleh dikongsi bersama.

Antara yang menarik ialah Tanjung Puteri dan juga pahlawan Si Bongkok. Menurut versi sahabat, Si Bongkok ialah antara pahlawan tempatan yang menentang campur tangan Inggeris di Johor.

Sebuah lagu rakyat Johor - Tanjung Puteri, liriknya ada disebutkan tentang pusara Si Bongkok dilereng bukit. Penemuan pusara yang didakwa masyarakat setempat, pusara Si Bongkok dan diceritakan oleh En. Abdul Latip Bin Talib, seorang pangarang buku dan juga ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Jelebu, Negeri Sembilan, menguatkan pahlawan Si Bongkok benar-benar wujud.

Lagu - Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Siapa Si Bongkok yang dimaksudkan?

Menurut cerita, Si Bongkok merupakan pahlawan yang sebaris dengan Tok Janggut, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau. Namun namanya tidak semasyhur pahlawan lain yang turut mempertaruhkan nyawa dalam melawan penjajah Inggeris suatu ketika dahulu.

Pusara_Si_Bongkok2
Pusara Si Bongkok
Pusara_Si_Bongkok3
En. Abdul Latip menjejaki pusara Si Bongkok
Pusara_Si_Bongkok
Tulisan yang pudar

Menurut sumber Marhaen, ada beberapa tokoh misteri yang nama mereka hilang dalam lembaran sejarah perjuangan menentang penjajah di tanah air, ratusan tahun lalu. Walaupun kewujudan mereka suatu ketika dulu memberi sumbangan besar dan mencetuskan kegerunan di jiwa penjajah, kebanyakan tokoh ini tidak disebut dalam mana-mana dokumen sejarah.

Menyedari pentingnya sumbangan dan kewujudan pahlawan misteri itu didedahkan kepada khalayak untuk diiktiraf sejarah tanah air, En. Abdul Latip Talib memulakan penyelidikan bagi membongkar rahsia kehilangannya.  

“Tokoh seperti Si Bongkok Tanjung Puteri yang sehingga kini, sejarah perjuangannya masih tidak diketahui ramai pihak,” katanya yang menulis novel sejarah berkenaan pahlawan itu, tahun lalu.

Beliau berkata, tidak seperti tokoh pejuang lain seperti Datuk Bahaman di Pahang atau Rentap di Sarawak, sejarah negara ini tidak pernah mengenali siapa Si Bongkok yang berjuang menentang British dan sekutunya di Johor. 

“Ceritanya bermula apabila British mula menjajah Singapura seterusnya cuba melebarkan pengaruh mereka ke Johor,” kata Abdul Latip seterusnya memulakan kisah perjuangan Si Bongkok Tanjung Puteri yang kini semakin hilang dalam lipatan sejarah negara.

Pernah suatu ketika sekitar abad ke-19, Kerajaan Johor tidak diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British.

Polemik itu berlaku apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835; putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman (atau Temenggung Abu Bakar?).

Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru). Beliau berhasrat mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British.

Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Abdul Rahman (?), dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Tengku Ali. Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak.

Dinamakan dirinya sebagai ‘Si Bongkok’ berikutan keadaan tubuh badannya yang cacat iaitu bongkok ke kanan manakala tangan kirinya pula cengkung. Mukanya pula herot dan bengkak ke kanan.

Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, Si Bongkok membesar sebagai seorang pemuda yang gagah dan berani. Beliau cekap bermain senjata dan mahir dalam ilmu lautan. Si Bongkok juga dikatakan memiliki ilmu kebal yang menyebabkan jasadnya tidak akan luka sama ada ditembak atau ditikam senjata tajam.

Kewibawaan beliau dikagumi ramai pihak sehingga Si Bongkok diangkat menjadi pemimpin oleh pengikutnya yang ramai. Di kalangan musuhnya sendiri beliau digelar Panglima Si Bongkok.

Si Bongkok hidup di atas kapal layar di tengah laut. Dia mempunyai pengikut yang ramai dan masing-masing memang cekap bermain senjata serta mengendalikan kapal di laut. Kebenciannya terhadap penjajah dan pemimpin tempatan yang mengadakan hubungan dengan bangsa asing itu menyebabkan Si Bongkok bersama pengikutnya bangkit menentang.

Mereka akan menyerang kapal bangsa asing yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri atau Singapura. Tindakan itu menyebabkan British melabelkan mereka sebagai lanun.

Disebabkan serangan Si Bongkok dan pengikutnya, aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot kerana kebanyakan pedagang asing tidak lagi berani memasuki wilayah itu.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada British menyebabkan bangsa asing itu mengarahkan Temenggung Abdul Rahman supaya menghapuskan kumpulan Si Bongkok.

Bagaimanapun, walau pelbagai cara digunakan untuk membunuh Si Bongkok, usaha itu tidak pernah berhasil kerana dipercayai tiada siapa yang mengetahui cara untuk mengatasi ilmu kebal yang dikuasai pahlawan itu.

Usaha mengekang serangan Si Bongkok terus diperketat dengan rondaan berterusan diadakan di perairan Selat Tebrau.

Kerajaan Johor dan British juga semakin khuatir kerana angkatan laut Si Bongkok memiliki ubat bedil dan senjata api hasil rampasan kapal dagang Barat yang diserang mereka.

Pada suatu hari, satu angkatan laut Johor diketuai Panglima Johor, Laksamana Daeng Alek meronda di Selat Tebrau mencari Si Bongkok.

Kehadiran tentera diraja itu untuk menangkapnya sudah diketahui Si Bongkok melalui perisiknya di istana. Si Bongkok pun bersedia menghadapi tentangan angkatan Panglima Johor.

Rondaan kapal perang Panglima Johor akhirnya berjaya mengesan kedudukan kapal Si Bongkok. Mereka segera merapati kapal itu untuk menyerangnya. Si Bongkok mengarahkan pengikutnya seramai lima puluh orang menyerang belas askar diraja itu.

Pertempuran hebat berlaku di atas kapal, di tengah lautan. Selepas lama bertempur, akhirnya angkatan Panglima Johor tewas. Mereka terpaksa berundur kembali ke pangkalan di Tanjung Puteri selepas ramai askar diraja yang terkorban dan lima kapal perangnya, karam.

Kekalahan itu tidak memutuskan semangat Panglima Johor untuk terus menyerang Si Bongkok. Pada hari yang lain, mereka menyerang lagi dengan lebih ramai askar.

Angkatan perang Panglima Johor berjaya mengepung beberapa kapal Si Bongkok tetapi dengan kebijaksanaannya, Si Bongkok berjaya melarikan diri ke tempat persembunyiannya sekitar Tanjung Belungkur.

Kegagalan itu menyebabkan Laksamana Daeng Alek, Kerajaan Johor serta British semakin marah dan tertekan. Selain Panglima Johor, turut menentang Si Bongkok adalah adiknya sendiri iaitu Panglima Putih.

Berbeza dengan Si Bongkok yang menyokong Tengku Ali, Panglima Putih menyokong Temenggung Abdul Rahman menyebabkan mereka bermusuhan.

Mereka berdua juga dikatakan mencintai gadis yang sama iaitu Si Tanjung. Bersama Laksamana Daeng Alek, Panglima Putih beberapa kali menyerang abangnya tetapi tetap gagal menghapuskan Si Bongkok.

Si Bongkok pula terus menyerang kapal dagang yang ingin berlabuh di Tanjung Puteri dan Singapura.

Episod akhir perjuangan Si Bongkok berlaku apabila sekali lagi kapalnya diserang. Akan tetapi, serangan pada kali itu lebih dahsyat kerana setiap penjuru perairan Selat Tebrau sudah dikepung angkatan laut Johor.

Si Bongkok dapat melepaskan diri ke Tanjung Belungkur, tempat persembunyiannya tetapi kapal Panglima Putih terus mengejar.

“Selepas Si Bongkok menemui ajalnya di tepi pantai itu, mayatnya dijumpai seorang penduduk tempatan dikenali Uteh Jantan.

“Kemudian Uteh Jantan bersama beberapa penduduk kampung membawa mayat Si Bongkok sehingga ke lereng bukit Tanjung Puteri dan pahlawan itu dikebumikan di situ secara rahsia,” kata penulis novel Si Bongkok Tanjung Puteri, Abdul Latip Talib.

Beliau berkata, pengebumian itu dilakukan secara rahsia kemungkinan bagi mengelakkan Kerajaan Johor dan British mengambil jasad pahlawan yang sememangnya disokong penduduk tempatan.

Katanya, penduduk terbabit juga mungkin khuatir mereka akan ditahan pihak berkuasa kerana mengebumikan jasad Si Bongkok menyebabkan mereka tidak menghebohkan lokasi mayat itu ditanam.

Kini, pusara berkenaan terletak dalam hutan belukar di kaki bukit Tanjung Puteri dan pengunjung perlu meredah semak dan denai selama setengah jam untuk sampai di sana. Penduduk yang tidak biasa dengan keadaan hutan itu, pasti tersesat dan tidak menemui kubur pahlawan berkenaan.

Sebaik melihat pusara berkenaan pula, perasaan sayu dan pilu menjelma di jiwa tatkala melihat keadaannya yang terbiar tanpa ada usaha untuk memuliharanya. Pusara itu sekadar bernesankan sekeping papan yang sudah reput.

“Mengikut cerita penduduk tempatan, nesan itu diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara pahlawan berkenaan,” katanya.

Abdul Talib berkata, berdasarkan penemuan kubur berkenaan selain cerita mengenai Si Bongkok yang tersebar secara lisan sehingga hampir ke seluruh Johor sehingga kini, maka beliau yakin yang Si Bongkok sememangnya pernah wujud dan bukanlah cerita dongeng. Malah, namanya turut disebut dalam lagu rakyat Johor iaitu ‘Tanjung Puteri’.

Katanya, beliau mula menulis novel sejarah mengenai Si Bongkok sejak tahun lalu bagi memperbetulkan kembali ‘fitnah’ yang dilemparkan terhadap pahlawan itu kononnya beliau adalah lanun dan bukannya pejuang menentang penjajah.

Selain itu, usaha membukukan kisah perjuangan Si Bongkok juga dibuat Abdul Latip bagi membolehkan cebisan sejarah lisan yang tersimpan dalam ingatan orang lama, tidak hilang ditelan masa seterusnya nama Si Bongkok akan dikenang melewati masa.

“Saya percaya ramai pejuang Melayu yang nama mereka hilang daripada lipatan sejarah negara kita dan Si Bongkok adalah seorang daripada pejuang itu; sejarah kita dulu ditulis British menyebabkan ramai pahlawan kita yang menentang mereka dianggap penderhaka dan nama mereka tidak dicatat dalam sejarah.

“Saya berharap supaya sejarah ini boleh diperbetulkan semula dan pihak terbabit perlu tampil mengiktiraf perjuangan Si Bongkok setaraf dengan nama pejuang lain seperti Tok Janggut, Dol Said dan sebagainya,” katanya.

Abdul Latip juga menggesa pihak berkuasa supaya memelihara pusara Si Bongkok sebagai satu daripada warisan peninggalan sejarah yang bukan saja dibanggakan rakyat Johor tetapi rakyat negara ini.

“Saya sendiri sudah pergi ke Tanjung Belungkur untuk melihat sendiri pusara Si Bongkok Tanjung Puteri, keadaannya amat menyedihkan kerana terbiar.

Selepas 50 tahun kita merdeka, masihkah kita sependapat dengan penjajah yang melabelkan Si Bongkok itu lanun dan pengganas?” katanya.

Share

Artikel sama yang berkaitan

  1. Mat Kilau Pahlawan Melayu Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu...
  2. Raja Haji Pahlawan Teragung Nusantara Raja Haji-Yang Dipertuan Muda Riau IV-adalah pahlawan Melayu yang amat termashur. Beliau berperang melawan penjajah Belanda sejak...
  3. Rentetan Kisah dan Perang Melaka yang Berlarutan Sambungan dari artikel – Kejatuhan Empayar Melaka. Pertarungan sengit berlaku diantara kedua belah pihak dan akhirnya Portugis...
  4. Hang Tuah – Strategi Pahlawan 1: Persediaan Awal yang Serius dan Bersungguh-Sungguh Lanjutan dari artikel ‘Hang Tuah – Melihat Dari Perspektif Prinsip Pemikiran Strategik, berikut diperturunkan sebahagian pengajaran yang...
  5. Kiyai Salleh – Tokoh Pejuang yang Menentang Komunis di Muar dan Batu Pahat, Johor Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah"...

Pautan:

Komen dari FB:

19 maklum balas daripada Pahlawan Melayu yang Hilang – Si Bongkok

  1. avatar
    keizam on May 10, 2010 at 9:35 pm

    Kisah Si Bongkok sepatutnya diketengahkan untuk generasi muda setanding Hang Tuah, Dol said.
    Mungkin propaganda Inggeris yg menyebabkan Si Bongkok di cop sebagai Lanun atau penderhaka.

    Yayasan Warisan Johor mungkin boleh bertindak menengahkan kisah tersebut dan membina infra untuk kemudahan org awam mengunjungi pusaranya

    • avatar
      Anak Waris on May 18, 2010 at 11:04 pm

      Perlu ada lebih usaha mendedahkan sejarah Melayu kepada anak bangsa Melayu kita di Malaysia..

      Mungkin TV3 perlu memetik isu tertentu dan menyiarkan di TV.. seperti aduan rakyat?

  2. avatar
    Amy on June 5, 2010 at 5:33 pm

    Perlu ada lebih usaha mendedahkan sejarah Melayu kepada anak bangsa Melayu kita di Malaysia..

    Mungkin TV3 perlu memetik isu tertentu dan menyiarkan di TV.. seperti aduan rakyat?

  3. avatar
    nabilah on June 13, 2010 at 9:41 am

    dulu ade citer si bongkok kan?citer melayu lame..tp dah lme citer tu tade kat tv..saye ingat lgy mse tu dlm darjah 4 or 5..skrg da 19 tahun..best citer tu..si bongkok baik..dye selalu tolong orang..

  4. avatar
    zailan on June 15, 2010 at 12:59 am

    kisah si bongkok bukan berlaku zaman temenggung abd rahman tetapi temenggung daeng Ibrahim kerana perebutan kuasa berlaku antara raja ali dan temenggung daeng ibrahim.temenggung abd rahman masa tu dah mangkat.kubur di tanjung puteri tu kubur daeng alek.saya dah pening kepala untuk mencari maklumat tentang sibongkok dan insyaallah…mungkin akan bertemu sedikit masa lagi…usaha tetap akan diteruskan…

    • avatar
      Anak Waris on June 15, 2010 at 9:24 pm

      Ada kebenarannya.. Kami akan menyemak dari masa ke semasa untuk kesilapan fakta..

  5. avatar
    zailan on June 19, 2010 at 12:18 am

    watak dalam kisah sibongkok banyak menggunakan nama samaran…semua nama tu memang wujud dan pernah hidup dan saya akan buktikan didalam buku karya saya yang bakal diterbitkan selepas selesai mendapatkan profile watak-watak yang ada….insyaallah…

  6. avatar
    Nazir Abdullah on November 4, 2010 at 4:22 pm

    Peranan yang dimainkan olih penjajah dizaman dahulu dan sekarang sama saja.Sesiapa yang menentang mereka dianggap pembelot,penderhaka dan lanun.Kitalah yang akan mengganggkat mertabat mereka sebagai pejuang bangsa dan nusa.Malangnya sebahagian daripada bangsa kita sendiri yang masih mahu bersenggokolan dengan penjajah.Sanggup belot demi perut mereka sendiri.Inilah masanya kita menulis sejarah kita sendiri bukan sejarah dari tangan-tangan penulis barat dan talibarut-talibarutnya.

  7. avatar
    veterinary technician on January 11, 2011 at 3:24 am

    Couldnt agree more with that, very attractive article

  8. avatar
    jojos on April 13, 2011 at 5:48 pm

    Ada yang beranggapan bahwa kubur si bongkok akan terus begitu sampai bila2 kerana dia bukan sahaja tidak disukai oleh british malah oleh keturunan sultan itu sendiri sehingga sekarang,kerana si bongkok hanya menyokong keturunan raja johor yang asal iaitu Tengku Ali sahaja bukan sultan johor yang berketurunan temenggong/bendahara yang ada sekarang.Malah di robek kisah sejarahnya dgn menuduh beliau sebagai lanun ataupon pengkhianat bangsa spt yg berlaku kpd mana2 pahlawan melayu yang lain.Jadi mana mungkin kerajaan johor yang sekarang akan membaik pulih makam si bongkok,sedangkan kerajaan johor sgt rapat dgn pihak british ketika itu dan kini.Sehingga kini kesannya didapati generasi melayu muda kita kian rapuh dan kurangnya semangat nasionalisme yang ampuh kerana tiada kisah2 kepahlawanan sebegini di ketengahkan,di raikan n diperbesarkan.

  9. avatar
    Lookwithheart. on July 4, 2011 at 3:11 pm

    Amat mendukacitakan kisah Laksamana bongkok ini.
    . Patutlah Malaysia belum mencapai kemajuan walaupun setelah lebih 50tahun konon-kononnya merdeka .Saya bercadang untuk tidak perlu menunggu mana-mana jabatan kerajaan untuk memelihara kubur tersebut.Saya akan cuba menjejaki dan membersihkan kubur tersebut.Kerana dia juga Islam dan juga pejuang sebenar untuk rakyat.Bukannya seperti yang tercatat di dalam buku sejarah.

    • avatar
      ummi ayeesha on September 29, 2011 at 8:28 am

      Tahniah Lookwithheart.

      orang macam andalah yang kita harapkan…tidak memerlukan bantuan orang lain… proaktif dan ikhlas. Semoga Allah jualah yang membalas jasa anda, InsyaAllah.

  10. avatar
    Hamba on November 24, 2011 at 1:42 am

    salam. kerana inginkan tampuk kuasa dr penjajah ,,sanggup mereka labelkan si bongkok sebagai lanun dan pengkhianat sedangkn dia seorg yg mentaati waris raja asal yg patut memegang kuasa kerajaan dan sanggup bergadai nyawa demi bangsa dan taat setinya akan raja2 melayu di johor… sekian dr saya

  11. avatar
    anggun on January 5, 2012 at 3:38 pm

    salam semua,saya dah pergi area Tg.Belungkur tu seminggu sebelum krismas ini.Tp memandangkan dah mahgrib dan kesuntukan masa, suami tangguhkan utk ziarah makam w/pun esoknya ada org yg sudi tunjukkan jalan. Dengar cerita dari penduduk kampung, makam tersebut sentiasa bersih w/pun tiada siapa yg bersihkanya. Cuma keadaan makam yg uzur dan perlu pihak perkenaan memeliharanya demi agama, bangsa dan negara. Jika sudi kunjungi blog suami saya http://merahsilu.blogspot.com

  12. avatar
    MAF on January 6, 2012 at 10:06 pm

    assalam mohon share info yg bermanfaat ini…tq…

  13. avatar
    Abd Jalal on January 22, 2012 at 4:51 pm

    Salam buat rakan semua!

    Syabas buat sdra Lookwithheart atas usaha murni sdra utk memulihkan pusara siBongkok. Semoga dgn usaha baik sdra akan dibalas dgn baik juga. Insya Allah. Sememangnya warisan seperti ini patut di ketengahkan pada masyarakat kerana beliau juga adalah seorang pejuang sptmana pejuang2 melayu yg lainnya & seharusnya diberikan pengitirafan tapi malangnya ia adalah sebaiknya.

  14. avatar
    hadi on January 25, 2012 at 10:52 pm

    sepatutunya kerajaan johor hendaklah memuliharakan kawasan pusara si bongkok untuk tatapan sejarah seperti mana pusara hang tuah, tun teja dan beberapa pusara pahlawan yang di pulihara kawasan pusara oleh kerajaan negeri2 lain

  15. avatar
    far8 on March 11, 2012 at 4:46 pm

    tolong dapat kn sy alamat,dan sesiape yg bole di hubungi utk tunjuk arah hendak ke makam laksamana si bongkok…

    • avatar
      far8 on March 11, 2012 at 4:47 pm

      no hp sy 0197758238 harap2 ade yg sudi membantu,sy btol2 nak ke makam tersebut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Langgan Percuma Artikel Terkini

Masukkan alamat email anda:

Dibawa oleh FeedBurner