Sikap megah dan bangga terhadap bahasa ibunda itu tidak ada. Apabila kita bercakap mengenai kesatuan, satu negara, agama, bangsa, ketua, dasar dan rukun negara, bahasa juga harus satu iaitu bahasa Melayu.
Untuk mengatasi masalah pencemaran bahasa dalam filem Melayu, pihak yang terlibat dalam industri perfileman mahupun media lain perlu kembali kepada nilai budaya tempatan dan kembali mengutamakan pengunaan bahasa Melayu yang berkualiti kerana "bahasa menunjukkan bangsa" dan filem pula merupakan "cerminan bangsa".
Harapan Pak Dollah untuk makan ikan yang ditangkapnya semalam tidak kesampaian. Sudahlah sedikit, habis pula dimakan oleh orang yang tidak dikenali. Cuma yang tinggal hanyalah kuahnya sahaja. "Apa nak buat, bukan rezeki aku barangkali," bisik hatinya.
Elakkan mengguna bahasa rojak. Kesannya bukan hanya merosakkan bahasa malah menyebabkan generasi baru tidak akan dapat menguasai bahasa Melayu dengan mantap. Bukankah bahasa mencerminkan bangsa? Jangan sampai bahasa Melayu menjadi anak tiri di buminya sendiri.
Semakin ilmiah buku yang diterbitkan dengan jumlah halaman yang lebih tebal, maka semakin sukarlah sesebuah buku yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu dipasarkan. Kalau pun ada peminat sedikit sebanyak, hanyalah bagi buku yang bersifat bacaan ringan yang diselitkan dengan unsur-unsur lucah dan tahyul.
Sedar atau tidak, bahasa Melayu semakin terpinggir dan yang lebih sedih lagi terjadi dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri. Ramai antara kita yang menganggap bahasa Melayu tidak mempunyai kelas jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris, sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa bercakap dalam bahasa Melayu boleh menjatuhkan kredibilitinya dan dianggap bodoh! Sikap sesetengah masyarakat yang...
Sesi “Mari kita berbahasa” hari ini mengajak para pembaca Resam Melayu berkongsi sedikit pengetahuan berguna tentang penggunaan tatabahasa yang betul. Berikut adalah petikan yang diambil dari facebook Dewan Bahasa: karenah dan kerenah, oleh Zaidi Ismail. Kedua-dua kata tersebut dirakamkan dalam Kamus Dewan, dan ada perbezaan dari segi makna dan asal kata. Kata karenah ditandakan...