Institusi beraja tidak patut disinggung mahupun dicuit. Institusi ini telah menjadi lambang perpaduan turun temurun bangsa Melayu dari zaman Sriwijaya serta kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. Tahun 2013 dipilih bagi melaksanakan langkah kerajaan berikutan kementerian memerlukan masa untuk melatih guru dan menyediakan pelajar bagi menghadapi sistem baru berkenaan supaya mereka tidak terkejut.
Statistik menunjukkan pelbagai jenayah dan penyakit sosial seperti kes ragut, buang bayi, dadah, mencuri, lepak dan seks luar nikah semakin menjadi-jadi di kalangan remaja Melayu. Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati 300 remaja Melayu yang berusia 13 hingga 25 tahun terlibat dengan salah laku seksual dan seks bebas.
Untuk mengatasi masalah pencemaran bahasa dalam filem Melayu, pihak yang terlibat dalam industri perfileman mahupun media lain perlu kembali kepada nilai budaya tempatan dan kembali mengutamakan pengunaan bahasa Melayu yang berkualiti kerana "bahasa menunjukkan bangsa" dan filem pula merupakan "cerminan bangsa".
Sekumpulan pelajar sekolah sedang berdepan dengan masalah komunikasi dengan seorang pelancong asing yang ingin melawat salah satu tempat menarik di ibu kota. Kumpulan pelajar tersebut gagal memberikan maklumat yang diingini oleh pelancong itu kerana mereka bukan sahaja tidak mampu berinteraksi dalam bahasa Inggeris, malah mereka langsung tidak memahami butir bicara dan kehendak pelancong wanita...